Monday, 5 January 2015

Crush

0 comments
Assalamualaikum,

Citer pasal crush nih, aku mula2 start crush dari darjah 3(yang aku ingatlah), nama dia....*haih malu nya nak bagitau, hahaha.. okay, sebab pertama aku suka dia ialah kecomelan dia..uishh, muka dia iras2 Dato Siti Nurhaliza, katakooo.. hahahha, sebab kedua, dia baik. huhuhu  Teringat balik time main kejar2 dalam kelas, punya bersungguh-sungguh aku lari, tetiba tersungkur kat kaki lima depan kelas tuh, sumbing sikit gigi aku, sampai sekarang sumbing kat gigi aku nih, sebab tu sampai sekarang bila tengok gigi aku teringat kat dia haihh Dia jugak pandai melukis, lawa doo dia lukis, yang aku ingat time tu dia lukis gambar pahlawan2 Melayu dengan berbaju Melayu dan bersamping.
Ciss, kalau lah aku simpan lukisan dia tuh, mesti dia appreciate kat aku.. hehehe.. HURRMMM..
Tapi sekarang, bila aku jumpa FB dia balik, dia jarang online, aku message dia pon tak reply..
Sedih nyaaaaaaa  Sekarang aku tengah usaha nak jejak balik dia, nak tahu rumah dia kat mana.. hahaha.. nanti bolehlah selalu usha2 dia.. Orang dulu2 kata, tak dapat tengok tuan rumah, tengok tuan punya rumah pon dah terubat rindu.. huhuhu.. RINDUNYA KAT KAU CRUSH...

Sekian.... Terima kasih 

Thursday, 10 January 2013

Peribahasa Cinta

0 comments
-Bayang-bayang disangka tubuh (Dipermiankan perempuan, mengharapkan yang tidak pasti).


-Usahlah aku tak endah, ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang (Pura-pura kasih).


-Hidung dicium, pipi digigit (Cinta palsu).


-Mabuk dienggang lalu (Orang tak sudi, kita yang hendak).


-Mengadu air dengan garam (Cinta yang sia-sia).


-Merak kayangan (Wanita cantik yang diidamkan tapi tidak mungkin dapat miliki).


-Putih mata kerana memandang (Hiba kerana rindu).


-Bagai menjaga permata intan ketika dicanai (Kasih sayang yang tiada bandingnya).


-Kasih sepantun tulisan pinggan (Kasih yang abadi).


-Badan dapat dimiliki, hati takkan dapat dimiliki (Kasih sayang tidak boleh dipaksa).
—————————————————–—–—–—–—–—–—–—–—–—–—–—–—–—–—–

older post